Siapa Aku?

My Photo
Simple, Tak Banyak Cakap, Sukakan ketenangan, Tak Suka Stress, Penyabar, Tak Suka Konflik

Sunday, 22 April 2012

Pesta Kaul...Khazanah Berharga Kaum Melanau

Gerai Komuniti 


Dah lama tak pergi ke Pesta Kaul, Mukah, since aku ditempatkan bekerja di Mukah aku berpeluang untuk merasai sendiri kemeriahan Pesta Kaul yang bakal menjadi tahap antarabangsa tahun depan. Memang banyak acara menarik dan Pesta Kaul kali ini memang berwarna-warni dengan susunan gerai-gerai komuniti yang berbumbungkan atap rumbia begitu juga dindingnya yang memang ingin menggambarkan ciri-ciri tradisional suku kaum Melanau. Pokok Sagu begitu sinonim dengan kaum Melanau kerana makanan tradisi suku kaum Melanau kebanyakkan daripada hasil pokok sagu.Melanau juga terbahagi mengikut bahagian di Sarawak :- 

  • Melanau Mukah
  • Melanau Dalat
  • Melanau Oya
  • Melanau Matu-Daro
  • Melanau Belawai-Rajang
  • Melanau Ba'ie (Bintulu)
  • Melanau Balingian
  • Melanau Miri

Nak cerita sikit pasal Pesta Kaul ni, pesta kaul ini merupakan upacara penyucian daripada segala unsur-unsur jahat akan dihanyutkan ke laut dan biasanya diadakan mengikut kalendar orang Melanau iaitu bulan Pengejin kini ia disambut setiap bulan April setiap tahun dan menjadi tarikan pelancong ke Mukah. Pesta Kaul ini diadakan untuk menjamu ipok atau dewa yang mengawal laut.Ia adalah upacara untuk memohon kepada ipok agar diberi rezeki dari laut dengan memperolehi hasil tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut dan juga untuk mengelakkan pelbagai wabak penyakit.Semasa perayaan ini diadakan ipok akan dijamu dengan menyediakan Serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun dan sirih ke dalamnya. 

Serahang




Sejarah perayaan ini bermula dengan kepercayaan aninisme di kalangan kaum Melanau yang mana Bapa Kaul akan membaca mantera sebagai upacara permulaan pesta kaul. Kaum Melanau akan berkumpul di tepian pantai dengan membawa makanan dan berkelah bersama keluarga. Ketika berkumpul di tepi pantai, kaum Melanau akan membina Buaian Gergasi setinggi 20 kaki sebagai salah satu acara permainan ketika Kaul. Pemuda-pemuda akan melompat dari binaan tangga buluh ke arah buaian dan berayun di atasnya. Terdapat beberapa pantang larang untuk bermain permainan ini dan membinanya juga memerlukan tenaga yang yang ramai. Ada satu pantun akan dinyanyikan beramai-ramai semasa mengangkat kedua-dua tiang ini "Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada' mekat'. Ia adalah bertujuan untuk memuja dewa yang mengawal permainan tibow ini dan juga memohon untuk memudahkan tugas mendirikan tiang.

Tibow (Buaian Gergasi)


Selepas acara Kaul segala makanan tidak boleh dibawa balik kerana ia adalah "palei" kerana suku Kaum Melanau percaya kepada wujudnya Ipok Daat(dewa laut) bersama mereka di tepian pantai. Makanan yang berlebihan akan ditinggalkan untuk dijamu kepada Ipok. Kaum Melanau mempunyai kepercayaan kepada beberapa jenis ipok iaitu Ipok Guun (hutan), Ipok Pangai (angin) dan Ipok Sungai (sungai).



Namun kepercayaan ini mula berkurangan dengan kedatangan agama Islam dan Kristian dan Pesta Kaul kini menjadi salah satu sosio-budaya suku kaum Melanau. Ia merupakan acara perkelahan besar-besaran yang disertai pelbagai suku kaum dengan pameran kraftangan, pertunjukan kebudayaan dan pelbagai lagi khazanah tradisi yang mungkin hanya semasa Pesta Kaul sahaja kita temui. Kini ia menjadi salah satu produk pelancongan yang menarik minat orang ramai datang ke Mukah.

Monday, 16 April 2012

Saawariya....Kisah Cinta Empat Malam

Lama dah aku tak jenguk blog aku ni, yelah busy memanjang nak jengah blog ni kejap pun payah. Anyway ni pasal DVD Saawariya yang aku beli masa kat KL, lama dah aku carik DVD ni since filem ni adalah terbitan Sanjay Leela Banshali (Devdas, Hum Dil De Chuke Sanam, Guzaarish dsbg). OST Filem ni aku dah beli sebelum aku menonton filem ni. Memang lainlah mood dengar lagu dalam CD compare nonton kat DVD. Kebetulan aku ke KL dan aku redah semua mall kat KL carik DVD ni yang aku jumpa masa jalan-jalan kat KLCC.


Teraju utama filem ni adalah Ranbir Kapoor dan Sonam Kapoor, lakonan sebagai pendatang baru mungkin masih boleh diterima. Watak Rani Mukherjee merupakan salah satu watak yang agak misteri sebagai Gulabji yang mungkin mempunyai ceritanya sendiri, apa yang aku tau watak Gulabji ni adalah kiranya watak pelacur yang juga secara diam menaruh hati terhadap Raj (Ranbir Kapoor)...

Kisah Cinta yang berlaku dalam tempoh 4 malam di mana Raj dipertemukan dengan Sakina di sebuah jambatan, Sakina menunggu kekasihnya yang berjanji akan kembali pada malam Aildilfitri di mana semua umat Islam sedang menunggu kemunculan anak bulan. Penantian ini telah mempertemukan dia dengan Raj yang secara diam mula jatuh hati padanya...Perkenalan singkat itu telah merapatkan hubungan mereka yang mana Sakina hanya menganggap Raj sebagai sahabat dan Raj mempunyai perasaan sebaliknya...Kalau nak tau sama ada kekasih Sakina ni muncul ke tidak, korang bolehlah nonton DVD ni, tak nak spoil the mood...Salman Khan korang mesti dah agak apa watak dia dalam cerita ni kan :)



Apa yang menarik perhatian aku mengenai filem ini ialah suasana Kota Simla pada waktu malam yang memang cantik. Sanjay Leela memang bijak menggunakan backdrops yang menarik seperti mana Devdas yang memaparkan kerlipan lampu yang disimbah cahaya malam.Lagu-lagu memang catchy karya Sameer memang lagu-lagunya terbaik.

Komen aku : Jalan ceritanya biasa jer, watak Raj dan Sakina..dua watak yang mempunyai kisah yang tersendiri. Raj mengharapkan cinta Sakina, manakala Sakina menunggu kekasihnya yang setahun tidak berjumpa. 2/5 bintang.....jerrrr :)

Tuesday, 27 December 2011

Ombak Rindu - Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah........



Dah lama tak update blog aku ni, cuti-cuti macam ni ambik peluang update blog aku yang tak seberapa ni. Okey semalam aku baru berkesempatan menonton filem Ombak Rindu yang kini dengar khabar telah mencecah RM12 juta, ternyata penangan adaptasi novel ke filem begitu hebat sekali. Show kelmarin pukul 5.00 ptg memang full house, dan aku agak terlewat sikit ke panggung jadi duduk di bahagian depan. Aku pun mula-mula hairan jugak kenapa cineplex di Sibu ni agak lewat menayangkan filem ni setelah Ombak Rindu beberapa minggu ditayangkan di pawagam-pawagam lain.

Rata-rata sesiapa yang lepas menonton filem ni akan meletakkan status mereka di Facebook; "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah..."

Aku pernah membaca novel ini semasa aku masih lagi bergelar mahasiswa, waktu itu novel Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah Ashari memang mendapat sambutan. Novel ni disambung lagi dengan rentetan kisah cinta Izzah dan Hariz dalam Rindu Cintaku dan Cinta Tiada Akhirnya....mungkin filem ini akan ada jugak kesinambungannya kita tunggu jelah atau Ombak Rindu The Series... :p



Sinopsis filem:
Izzah gadis kampung dibawa oleh pakciknya ke bandar dan dijual di sebuah kelab malam untuk dijadikan pelacur. Peristiwa hitam itu telah mempertemukan Izzah dan Hariz yang menjadi pelanggan pertamanya, dan Hariz telah membelinya untuk dijadikan perempuan simpanan. Rayuan dan tangisan Izzah memohon agar dirinya dinikahi dan dia berjanji tidak akan menuntut sebarang hak sebagai isteri membuatkan Hariz menikahinya. Izzah dan Hariz menikah secara senyap walaupun Hariz tiada mempunyai perasaan terhadap Izzah.

Ego seorang lelaki akhirnya tewas dengan layanan si isteri yang tiada pernah jemu memberi layanan yang mesra walaupun sering di herdik dan ditengking. Ketika cinta mula hadir di hati Hariz terhadap Izzah, Hariz dipaksa bernikah dengan Mila seorang pelakon popular. Hariz pada mulanya menentang perkahwinan itu namun terpaksa tunduk kepada kehendak keadaan. Ketika inilah pelbagai pergolakan berlaku di dalam percintaan Hariz dan Izzah.

My review:
Sebelum menonton cerita ni memang aku tak harap sangat jalan ceritanya sama seperti novel. Novel yang mengambil masa mungkin 4-5 jam untuk dihayati mungkin agak sukar untuk digarap semuanya menjadi sebuah naskah filem. Dulu aku pernah kecewa dengan novel Lagenda Budak Setan yang pernah diterjemahkan ke layar perak.

Ombak Rindu versi Osman Ali telah digarap dengan baik walaupun ada sedikit kecacatan kecil yang dapat kita lihat. Bagi aku sesiapa yang tidak pernah membaca novel ini masih boleh memahami jalan cerita filem ini walaupun jika dilihat ada beberapa watak dirombak dan jalan cerita diolah dan divisualkan dalam filem 2 jam sahaja.

Maya Karin (Izzah), mungkin ramai yang masih belum dapat menerima dia memegang watak ini termasuklah aku kerana bagi aku Maya Karin hanya sesuai membawa watak gadis moden. Bagi aku Lisa Surihani lebih sesuai memegang watak Izzah yang banyak bermain air mata. Aaron Aziz (Hariz), tak payah dipertikaikan lagi lakonannya yang memang pada permulaan jalan cerita agak kasar masa dia ketuk pintu villa tu pun macam taiko yang nak meroboh pintu rumah ala ala Along nak collect hutang hehehe...Lisa Surihani (Mila), mungkin ada beberapa scene kita lihat watak garang Mila agak over, yelah dalam filem ni dia jadi anak yang biasa dimanjakan keluarganya dan mendapat apa saja yang dia mahu, hinggakan perkahwinan dia dengan Hariz pun  diteruskan atas kehendaknya...NO EXCUSES huhuhuhu. Bront Palare (Mail), pemuda kampung yang mencintai Izzah, dia berjaya membawa watak Mail dengan gayanya tersendiri.Azizah Mahzan (Datuk Sufiah), tak perlu aku cakaplah memang lakonan dia ni OVER THE TOP sebagai wanita konglomerat.

Aku memuji dengan olahan  Osman Ali yang berjaya membuai perasaan penonton untuk mendalami jiwa Izzah dan Hariz. Mungkin ramai yang berlinangan air mata ketika menonton cerita ini. Walaupun ada beberapa kecacatan pada filem ini namun masih boleh dimaafkan lagi bagi aku kot hehehehe...

Pak Dollah yang secara tiba-tiba datang ke rumah Hariz dan menyatakan kepada Datuk Sufiah bahawa Hariz adalah anaknya. Rasanya tak salah kalau pengarah mungkin boleh memasukkan elemen imbas kembali bagaimana suami Datuk Sufiah merayu kepadanya menyerahkan Hariz... Masa aku menonton ni, ramai yang ketawa melihat Zaidi Omar (Pak Dollah) mengajuk rayuan itu...I think better dalam flashback....Pada awal cerita itu pun kalau dilihat Izzah ada mengutip seekor anak kucing dan membawa balik ke Villa, yang aku hairan tu sampai kat rumah anak kucing tu dah jadi besar pulak agaknya dalam perjalanan ke villa tu Izzah bagi baja lembu kot hehehehe....

Sinematografi filem ni memang menarik dan cantik dan keindahan laut ombak yang menghempas pantai sesuai dengan tema filem ini. Permandangan luas saujana mata memandang, Tanah Tinggi Cameron memang membuai perasaan dengan jalan cerita yang penuh melodrama ni.



Tahniah buat Osman Ali kerana berjaya menggarap naskah novel Ombak Rindu dengan baik sekali. So hopefully akan ada kesinambungan kisah cinta Izzah dan Hariz ni sepertimana novelnya...dengar cerita coming soon Ombak Rindu The Series (hurmmmm)

Rate : 4 Bintang

Tuesday, 9 August 2011

OREO CHEESE CAKE - MUDAH DAN SEDAP

Salam Ramadhan kawan-kawan. Alhamdulillah dah seminggu berlalu kita menunaikan rukun Islam yang ketiga. Masa ni lah bazaar Ramadan meriah dengan pelbagai jenis makanan yang mungkin hanya ketika bulan puasa sahaja kita jumpa. Kalau kat Sarawak ni bubur pedas memang melambak semasa bulan puasa. Kalau yang rajin tu memang masak sendiri kat rumah. Okeylah tak nak tulis panjang-panjang, hari ni aku nak share satu resepi yang aku pernah belajar dari sorang kawan. Selain tu juga aku ada modified sikit dengan melihat resipi kat youtube. Taip jer resepi Cheese Cake memang banyak yang boleh korang pelajari dan modified kalau dah tau asasnya.

Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan yang diperlukan:

250 gm Cream Cheese Philadephia
2 sudu makan butter (Buttercup)
1 tin susu pekat manis
4 bungkus Salt Cheese Crackers
2 bungkus Oreo
Susu segar

Cara membuatnya:


Masukkan 250 gm Cream Cheese dan gaul sedikit demi sedikit dengan 1 tin susu pekat manis. Masukkan butter dan gaul hingga menjadi gebu. Kemudian sediakan acuan (ikut suka saiz yang diinginkan) ratakan sedikit dengan adunan tadi pada acuan.Setelah rata adunan tadi, celupkan Salt Cheese Crackers ke dalam susu segar (untuk melembutkannya) dan susun di atas permukaan adunan yang telah diratakan tadi. Buat 2 atau lapisan crackers sehingga menutupi seluruh acuan tersebut.

Kemudian ratakan lagi dengan adunan, dan kali ini lapiskan dengan biskut Oreo sama juga lembutkan biskut Oreo dengan mencelup ke dalam susu segar. Lapis berselang-seli dengan Salt Cheese + Adunan Cheese + Oreo hingga habis. Setelah habis melapis tekan adunan tadi untuk memadatkannya. Setelah itu bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk semalaman. (Korang boleh juga taburkan Nestum yang dikisar pada setiap lapisan). Mudah bukan so lepas ni bolehlah dihidangkan semasa berbuka puasa atau ketika hari raya.

SELAMAT MENCUBA

Gambar kurang memuaskan harap maaf :

Bahan-bahan OREO CHEESE CAKE
Susu + Cream Cheese + Butter
Adunan Cream Cheese
Ratakan Di Dalam Acuan
Salt Cheese Crackers yang telah disusun

Biskut Oreo

Lapis hingga habis

Inilah hasilnya

Wednesday, 27 July 2011

Dalam Mihrab Cinta - Menitiskan air mata cinta pada-Nya



Sekarang ni macam musim pulak banyak filem dan drama diadaptasi dari novel-novel yang popular. Kalau suatu ketika dulu juga karya Khadijah Hashim seperti Mira Edora dan Laila Azwa Gadisku pernah diterbitkan dalam bentuk drama dalam filem. Bercerita pasal novel, baru-baru ni aku membeli DVD Dalam Mihrab Cinta, hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Aku mula mengenali karya beliau ni selepas menonton filem Ayat-Ayat Cinta sedang meletop. Filem Dalam Mihrab Cinta ni diarahkan sendiri oleh beliau.

Filem ni mengisahkan seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Harlino) yang berhasrat belajar di sebuah sekolah pondok di Kediri. Dalam perjalanannya ke Kediri dia mengenali Zizi (Meyda Sefira) adik kepada pemilik sekolah pondok di Kediri tu. Namun perkenalan Zizi dan Syamsul membuatkan Burhan (Boy Hamzah) iri hati. Syamsul telah dituduh mencuri dan difitnah oleh Burhan teman sebiliknya tu. Fitnah itu telah menyebabkan Syamsul dibuang dari sekolah tu, dan kembali ke kampung halamannya. Malangnya keluarga Syamsul sendiri juga tidak dapat menerima dirinya yang telah dituduh menjadi pencuri.

Syamsul lalu membawa dirinya ke ibu kota dan mula terjebak sebagai penyeluk saku. Secara tidak sengaja dia telah ditawarkan menjadi guru mengaji. Kegiatannya sebagai penyeluk saku masih diteruskan dan dalam waktu yang sama dia juga dipandang mulia kerana digelar ustaz. Apabila dia mengenali Syilvie (Asmirandah) seorang gadis yang solehah, hidup Syamsul telah berubah dan telah bertaubat dari melakukan kegiatan menyeluk saku. Klimaks cerita ni apabila Syamsul terpaksa memilih antara dua gadis iaitu Zizi dan Syilvie. Siapakah yang bakal menjadi pilihannya? Korang nonton sendiri ya...

Menonton filem Dalam Mihrab Cinta ni memang sangat santai, jalan ceritanya pun mudah difahami. Unsur-unsur dakwah memang tidak diketepikan dalam filem ni. Apa-apa pun karya Habiburrahman El Shirazy memang terbaik. Bagi yang belum menonton tu dapatkan segera DVD di pasaran

Sunday, 17 July 2011

Kak Lehot - Mulutnya Memang Berbisa

Sebut sahaja nama Kak Lehot, memang orang akan kenal siapa dia. Namun dia hanya dikenali melalui kata-katanya yang agak berbisa dengan menggunakan dialek bahasa Sarawak. Kak Lehot telah menjadi fenomena baru bagi pendengar-pendengar Cats FM. Isu-isu yang disuarakan oleh Kak Lehot selalunya berkaitan dengan isu-isu realiti masyarakat. Rancangan ini ke udara dalam segmen "Zon Inggar". Bagi yang kurang arif bahasa Sarawak tu Inggar ni maksudnya "menyampah" dalam bahasa rasmi.

Rugilah bagi yang belum mendengar celoteh kak Lehot yang berbisa ni setiap pagi jam 8.30 pagi di Cats FM. Kadang-kadang tu orang Sarawak sendiri pun tak paham perkataan yang disebut Kak Lehot ni sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa orang-orang lama. Kiranya macam kita mendengar nenek kita "ngerepak" (membebel) macam tu lah lebih kurang.

Mungkin ada jugak yang kurang selesa dengan kata-kata Kak Lehot ni, tapi jika kita buka fikiran dan minda kita, apa yang diperkatakan oleh Kak Lehot tu adalah realiti sebenar dalam kehidupan masyarakat kita. Isu-isu seperti pukul isteri, jurujual yang tak nak senyum, minah rempit dan sebagainya adalah satu sindiran buat kita. Ini secara tidak langsung membuatkan kita berfikir atas kealpaan kita sendiri. Kak Lehot juga secara sinis menyindir orang-orang pergi ke kenduri kahwin yang suka menayang-nayang barang kemas masing-masing, apa-apa pun memang itulah realiti yang berlaku di sekeliling kita.


Kak Lehot popular dengan tag-linenya "Kau tek kacak!". Tag-linenya kini sering disebut oleh orang tempatan terutamanya di Kuching. Tapi hati-hati yer, bagi yang kurang arif dengan bahasa Sarawak jangan sebut sebarangan. Tak pasal-pasal lebam biji mata. Tag-line ni boleh jadi gurauan jika disebut dalam intonasi yang betul. Salah sebut orang akan ingat kita ni sengaja carik pasal.

Apa-apa pun Kak Lehot memang makin popular, korang boleh check facebooknya, tapi takde gambar menunjukkan siapakah Kak Lehot sebenarnya. Gambar profile Kak Lehot dalam Facebook gambar kartun digambarkan sebagai seorang wanita dalam usia nenek-nenek, yang bersanggul tinggi dan memakai skirt pendek, duduk di atas kerusi pejabat. SIAPA KAK LEHOT?????

Untuk pengetahuan korang boleh dengar segmen Kak Lehot setiap Isnin-Jumaat, jam 8.30 pagi. Kalau terlepas jangan risau, lawati laman web Cats FM dan korang boleh dengar siaran ulangan segmen Kak Lehot.

Monday, 27 June 2011

Astana Grilled Burger - Burger yang ada UUUMMMPPHHH!!!!

Kualiti Gambar Kurang Memuaskan :) Macam2 Grilled Burger Ada






Salam semua lama dah tak update blog ni. Kalau tak pasal movie mesti pasal makanan. Kejap tadi aku baru balik dari area Petra Jaya, aku dengar pasal Astana Grilled Burger ni, siap masuk surat khabar. Memang bukan calang-calang stall burger lah kalau masuk surat khabar. Member ofis aku pun rekemen jugak burger ni jadi lepas solat Maghrib kat Masjid Bahagian aku ronda-ronda sekitar Jalan Astana carik lokasi stall ni. Mula-mula pusing area ni macam takde jer, ingat tutup ker apa, tapi dengan semangat waja aku yang nak mencuba burger grilled ni membuatkan aku teruskan pencarian.

Nasib baik ada BlackBerry boleh jugak aku navigate lokasi tu. Pusing-pusing dalam pukul 7.30 pm tu lokasi yang ditunjukkan nampak gelap, yang aku nampak cuma sebuah stall satay, tak silap aku stall satay tu namanya One Stop Satay. Aku belok masuk ke perkampungan Kampung Masja, sebab kat BB aku menyatakan lokasi tu berada di Jalan Layang-layang dan rumah no 136. Masuk ke jalan tu nampak nombor rumah, hmmm gelap agaknya tak berniaga, tak puas hati pusing lagi nampak macam ada seseorang tengah sibuk kat stall tapi kenapa gelap. Aku drive keluar balik ke main road dan park tak jauh dari stall satay, owh masih gelap tapi nampak pekerja tu tengah sibuk meng"grilled"kan burger tu. Waktu itu dalam hati aku berkata, "Agaknya diorang sengaja bergelap sebab takut kena cekup DBKU kot!". (Jangan marah yer tokey AGB).

Sampai jer aku situ, lampu baru switch on, stall baru nak start operasi. Since ni first time aku datang, aku nak cuba Grilled Burger Black Pepper. Waktu aku sampai tu cuma aku dan ada dua lagi customer sampai. Tapi lepas aku balik singgah solat Isyak di Masjid Jamek, aku lalu lagi, dah mula nampak banyak dah kereta park tepi jalan. Memang femeslah AGB ni, korang kalau datang sini nak take away atau makan kat situ pun boleh cos ada meja disediakan untuk lepak. Soft drink ada dijual, yelah kalau boring-boring tu leh lepak kat situ sambil tengok kereta lalu-lalang hehehe sebab stall ni memang terletak kat main road Jalan Astana.

AGB Black Pepper -Memang Ada UUMMPPH!!! 

Anyway AGB, I HEART UR BURGER, nanti nak try yang lain plak. Kalau makan kat McD kita sanggup bayar burger sampai RM5-6 apa kata korang try Astana Grilled Burger ni, memang boleh lawanlah McD punya burger. Ada pelbagai pilihan, yang aku baru cuba tadi AGB Black Pepper memang ada UUUUMMPHHHH!!!! Rasa sekali pasti nak lagi....maybe nak try yang XL tu :). ALL THE BEST AGB!!!